21 February 2010

Walimah








InsyaALLAH pada entri kali ini saya ingin bercerita mengenai walimah seorang sahabat ana tetapi jangan salah faham kerana ini bukanlah walimah 'arus,cuma walimah kesyukuran.

Sahabat saya iaitu Ust Hafiz (Shubra) telah berkenan untuk mengadakan kenduri kesyukuran di rumah saya memandangkan beliau telah lulus cemerlang pada peperiksaan penggal yang lalu.Jadi setelah semua bersepakat pada tarikh yang ditetapkan,maka Ust Hafiz dan dua orang rakan lagi sampailah di Mansurah bagi menjalankan kenduri tersebut.

Seperti biasalah kenduri (kecil-kecilan) ni,beli barang-barang dan masak semua bergotong-royong.Menu yang dirancang ialah Nasi Tomato dan Air Asam.Alhamdulillah dengan bantuan kawan di pihak akhowat juga maka juadah sempat selesai seperti waktu yang dirancang.

Selepas maghrib bermula majlis bacaan yasin dan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ust Syaqimi dan doa dibaca oleh Ust Kamil.Seterusnya ialah masa menjamu selera.Alhamdulillah secara tidak langsung kenduri ini telah menghimpunkan semula (reunion) sahabat dan sahabiah yang grad dari MAQAAZ,Alor Setar.(Tidak la ramai mana)


No comments:

Post a Comment