12 February 2010

Allahu Akbar


Dalam Kaabah Musyarrafah

Tidak pernah pula terlintas di hati ini untuk mencari bagaimanakah rupa di dalam kaabah itu sedangkan selalu kita terbaca bahawa di dalamnya ada 3 tiang,ada pintu taubat dan sebagainya.Tetapi alhamdulillah pada hari ini saya tergerak untuk buka 1 blog sahabat saya di mana di dalam chatbox beliau ada seorang hamba Allah (akhowat) telah meletakkan link untuk ke blog beliau pula.Jadi melihatkan tajuk yang di tulis pada chatbox sahabat ana,ana terasa nak ke laman blog hamba Allah tersebut lalu terus ke sana.Dan setelah melihat video tersebut,maka yang berkata-kata di fikiran ini ialah "ooo,mcm ni ka dalam kaabah."

Tapi semestinya jauh berbeza di dalam kaabah pada zaman sekarang dari zaman dahulu.Di dalamnya sudah dicantikkan dan dihias serta berlantaikan jubin.'Ala kulli hal,benda baru bagi saya kerana saya tidak pernah melihat bagaimana di dalamnya sebelum ini tetapi mungkin ana ketinggalan zaman bagi antum.

Wallahu A'lam...

Link ke blog yang ana maksudkan untuk melihat video tersebut :

http://zhuliana.blogspot.com/2010/02/blog-post.html


No comments:

Post a Comment