08 February 2010

Sambungan Bab Basmalah

Hukum membaca basmalah pada awal dan pertengahan surah :

Kesemua imam telah bersepakat membaca
Basmalah di awal setiap surah kecuali di awal surah Bara'ah.Kerana surah tersebut turun dengan saif (cerita mengenai peperangan,janji azab kpd orang-orang kafir dan sebagainya).Oleh kerana itu tidak di baca Basmalah di awal surah tersebut kerana lafaz Basmalah mengandungi membawa makna 'Aman'.Cuba lihat kpd lafaz Basmalah itu sendiri > بسم الله الرحمــن الرحيـــم "Dengan nama ALLAH yg MAHA Pemurah lagi MAHA Mengasihani."Jadi,tiada tanasub (persamaan) di antara Basmalah yg membawa makna aman dgn surah Bara'ah yg turun asbab peperangan dan sebagainya.

Hukum Basmalah di pertengahan surah :

Adapun di pertengahan surah pula,maka para pembaca berhak memilih samada ingin membaca Basmalah ataupun tidak kecuali pada pertengahan surah Bara'ah,maka ini menjadi khilaf bagi imam-imam samada adakah bagi si pembaca itu boleh memilih atau tidak untuk membaca Basmalah.

Maka di sini saya bawakan contoh :

بسم الله الرحمــن الرحيــم ـ وقــتلوا في سبيل الله الذين يقــتلونكم ولا تعتدوا
"Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama ALLAH akan orang-orang yang memerangi kamu,dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan)"

Baik,di sini Basmalah di baca pada pertengahan surah Al-Baqoroh,tetapi ayat selepasnya turun dengan makna 'peperangan' juga.Jadi di sinilah kita mengambil contohnya bahawa ada imam yang mengatakan Basmalah juga di baca pada pertengahan Bara'ah spt surah-surah yang lain.(Seperti pada Al-Baqoroh).

Hukum wajib basmalah pada ketika tertentu bagi semua qurra' :

1)Di antara surah An-Naas dan surah Al-Fatihah.
Contoh yg mudah ialah pada ketika khatam Al-Quran maka sehabis sjh membaca surah An-Naas,ketika ingin membaca Al-Fatihah maka di mulai semula dgn Basmalah sehinggakan Imam Hamzah yg mana mazhabnya membaca wasol duna basmalah di antara dua surah pun akan membaca Basmalah juga.

2)Ketika tankis suwar
Misalannya Kita membaca surah Al-Kahf kemudian ingin membaca surah Al-Maidah maka di mulai dengan basmalah sebelum membaca surah Al-Maidah itu.Inilah dinamakan tankis suwar.
*Ini adalah hukum tankis suwar di luar solat.Adapun di dalam solat,tankis suwar mukhtalaf hukumnya contohnya di baca rakaat pertama Ali-Imran dan rakaat kedua Al-Baqoroh.Wallahu A'lam

3)Ketika membaca berulang-ulang membaca surah yang sama seperti membaca surah Al-Ikhlas berulang-ulang,maka setiap kali diulang dimulai basmalah.

Bersambung...Bi iznillah


No comments:

Post a Comment