18 February 2010

Bab Waqof Hamzah Pada Huruf Hamzah(Toriq Jazari)

Bab همزة diletakkan di dalam matan di akhir bab همزة kerana hukum yg akan dibincangkan selepas ini adalah merangkumi hukum-hukum yang telah dibincangkan sebelum ini.Sila teliti turutan bab pada hukum همزة
*Rujuk Matan Jzari pada muka surat 106-107

Jadi 1 bab telah dikhususkan bagi Imam Hamzah bagi membincangkan bagaimana beliau waqof pada huruf hamzah yang berbaris,bertanda mati,berada di tengah,berada di hujung dan juga berada di awal kalimah.Pada keadaan-keadaan yang disebutkan di atas,Imam Hamzah akan men takhfif kan huruf hamzah seperti kalam Imam Jazari Rahimahullah

إذا اعتمدت الوقف خفف همزة توسطــا أو طرفا لحمزة

Makna takhfif di sini ialah merubah-rubah huruf hamzah tersebut.Ia membawa makna yang umum seperti membaca dengan tashil atau ibdal atau naqol atau hazaf atau idghom pada huruf hamzah itu.

Di sini insyaAllah kita akan cuba membincangkan hukum hamzah mengikut mahattoh supaya lebih mudah faham dan nampak insyaALLAH.

1) Hamzah sakinah dan sebelumnya huruf berbaris tidak kira samada sakin asli atau sakin 'arid.

Contoh hamzah sakin asli : يؤمــن

Contoh hamzah sakin 'arid : اللؤلؤ

*Maka di sini Imam Hamzah akan membaca dengan ibdal

Dalilnya ---> فإن يسكن بالذي قبل ابدل

2) Hamzah yang berbaris dan sebelumnya ialah sakin samada sakin asli atau sakin 'arid dan sakin itu adalah sakin sohih,bukan sakin harfu 'illah

Contoh : قرآن,ظمآن,ملء

*Maka Imam Hamzah akan naqol

Dalilnya ---> وإن يحرك عن سكون فانقل

3)Hamzah yang berbaris juga tetapi sebelumnya ialah wau atau ya' yang zaidah (bukan dari asal kalimah)

Contoh : قــروء,خطــيئة,مــريــئا

*Maka Imam Hamzah meng idghom di sini.Bagaimana kita mengatakan wau atau ya' di atas adalah bukan dari asal kalimah.Ini kerana wau atau pun ya' berlaku selepas di ibdal kan bagi tujuan idghom.Ia berlaku begini :

Contoh : خــطيئة Hamzah ibdal kepada ya' maka jadilah 2 ya'.Maka ya' di idghom kan ke dalam ya'.Beginilah kiraannya.

Dalil ---> والواو واليا ان يزاد ادغما

4) Sama seperti di atas tetapi huruf wau atau ya' tersebut memang asal kalimah :

Contohnya : هيــئة ,شــيء

*Maka Imam Hamzah baginya khilaf.
1) idghom spt hukum wau dan ya zaidah
2) naqol kerana melihat hukum hamzah yang berbaris dan sebelumnya adalah sakin

Dalil ---> والبعض في الأصل أيضا ادغما

Bersambung insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment