10 June 2010

Dhobtul Quran

Mukaddimah Ilmu Dhobt :

Dhobtul Quran ialah 1 ilmu yang membicarakan mengenai 'alamah (tanda) yang diletakkan pada huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu harakah (baris),sukun (mati),tasydid (sabdu),mad (tanda panjang) dan sebagainya.

An-Naqtu (titik) terbahagi kepada 2 bahagian :

(i ) Naqtul 'Iraab
(ii) Naqtul 'Ijaam

Naqtul 'Iraab ialah perbahasan mengenai tanda-tanda pada huruf seperti barisnya atau tanda mati dan sebagainya.

Maka terdapat khilaf siapa yang menjadi pengasas kepada Naqtul 'Iraab ini.Ada pendapat mengatakan :-

1) Al-Kholil Bin Ahmad
2) Nasr Bin 'Asim
3) Yahya Bin Yu'mar
4) Abdullah Bin Abi Ishak Al-Hadromi (guru Abu 'Amru Bin Al-'Ala'
5) Al-Kholil Bin Ahmad Al-Farahidi

Akan tetapi yang paling sohih di mana telah dinaskan oleh sekumpulan ulamak diantaranya Ad-Dani dan Abu Daud dan Abu Hatim ialah Abul Aswad Ad-Dualy (pelopor Naqtul 'Iraab) dengan perintah (permintaan) dari Ziyad Bin Abi Ziyad,Ketua Basrah pada zaman pemerintahan Mu'awiyah Bin Abi Sufyan.

Sebab disusunnya ilmu ini :

Seperti yang telah disebutkan oleh ulamak bahawa Mu'awiyah telah mengutuskan kepada Ziyad memintanya menghantar anaknya iaitu 'Ubaidillah Bin Ziyad kepadanya dan pabila 'Ubaidillah berjumpa dengan Mu'awiyah dan bercakap-cakap dengannya,beliau (Mu'awiyah) mendapati kesalahan pada pertuturan 'Ubaidillah dan Mu'awiyah mengembalikan 'Ubaidillah kepada Ziyad bersama 1 pucuk surat yang telah ditulis sebagai komentar di atas kesalahan yang dilakukan di dalam pertuturan anaknya.

Maka sebagai keprihatinan seorang ketua,Ziyad segera meminta pertolongan kepada Abul Aswad Ad-Dualy supaya membuat kaedah supaya orang-orang ajam tidak melakukan kerosakan pada bahasa arab di dalam pertuturan dan juga di dalam 'iraab Al-Quran.

Akan tetapi Abul Aswad melarang dan tidak bersetuju dengan permintaan dari Ziyad itu.Lalu Ziyad pun memikirkan cara untuk menunjukkan kepada Abul Aswad bahawa betapa khuwatirnya beliau akan masalah (kerosakan pada bahasa) yang sedang berlaku.Beliau (Ziyad) telah menyuruh seorang lelaki duduk di tempat (jalan) di mana laluan tersebut akan dilalui oleh Abul Aswad dan beliau (Ziyad) berkata kepada lelaki tersebut "Apabila Abul Aswad lalu,hendaklah kamu membuat kesilapan di dalam bacaan kamu itu."

Maka apabila Abul Aswad lalu,maka lelaki tersebut pun membaca :

إن الله برىء من المشركين ورسولِه - dengan kasrah pada huruf lam pada kalimah ورســوله

Maka apabila Abul Aswad terdengar bacaan tersebut,beliau segera berkata :

معاذ الله أن يتبرأ الله من رسوله

Setelah peristiwa itu,Abul Aswad berjumpa semula dengan Ziyad dan bersetuju dan memperkenankan permintaan Ziyad.

Bersambung...insyaALLAH..