13 February 2010

Apabila nafsu menguasai diri


Sayu rasa hati ini pabila membaca berita di Harian Metro pada beberapa hari lepas di mana seorang bayi telah dibuang di pagar masjid.Apabila dengar sahaja bayi dibuang terus kita teringat kepada ibu bapa bayi tersebut.Jika mereka ada di depan mata kita,apakah yang kita akan lakukan?Mengapakah mereka tergamak melakukan kerja sebodoh itu sekali.Jika si bapa boleh tidak berperikemanusiaan,bagaimana pula dengan si ibu?Ibu yang telah mengandungkan si anak setelah berapa lama,dan kemudian setelah lahir dibuang begitu sahaja.Di mana lah letaknya kewarasan akal fikiran yang ALLAH berikan kepada kita?

Allahu Akbar !

Berita ini saya sendiri tidak tahu melainkan setelah ibu mertua memberitahu kepadaku bahawa ada berita di dalam akhbar orang membuang bayi.Tempat berlaku kejadian pula adalah berhampiran dengan taman perumahan ibu mertua.Jika saya pulang ke rumah mertua,memang masjid tersebutlah tempat saya solat Jumaat.Jadi sama-samalah kita hayati dan ambil pengajaran dari kejadian ini.

Anak adalah anugerah ALLAH,amanah ALLAH kepada kita.Jika ALLAH mengkehendaki kita menjaganya,kita mestilah berusaha menjaga sebaik mungkin.Janganlah mengkhianati amanah ALLAH kepada kita.Sesungguhnya peringatan ini kepada diri ini terutamanya dan kepada semua umumnya.

Link untuk berita lanjut :


Berita menyayat hati...(Klik di sini)

No comments:

Post a Comment