25 February 2010

باب إدغام صغـــير

Idghom (soghir) yang akan dibahaskan di sini ialah pada huruf yang متقاربين dan متناجسين .Adapun pada مثلــين maka kesemua qurra' ittifaq idghom.

1) Bab إذ

إذ في الصفير وتجد ادغم حلا لي -

إذ akan di idghom ke dalam 6 huruf iaitu 3 huruf sofir iaitu ص,س,ز dan huruf yang terhimpun dalam تجد iaitu ت,ج,د ,maka jumlah kesemuanya ada 6 huruf.Imam-imam telah ikhtilaf samada idghom pada kesemua 6 huruf atau sebaliknya.Ikhtilaf tersebut insyaAllah akan diperincikan :

Imam Abu 'Amr dan Hisyam akan idghom pada keenam-enam huruf seperti syahid di dalam bait di atas tadi.

وبغير الجــيم قاض رتــلا -

Khollad dan Kisa'e membaca dengan idghom pada selain huruf ج ,adapun pada huruf ج dibaca izhar oleh mereka berdua.

والخلف في الدال مصيب -

Ibnu Zakwan idghom pada إذ ke dalam huruf د secara khilaf dan membaca izhar pada selain dari huruf dal (iaitu 5 huruf yang berbaki)

وفتى قد وصل الإدغام في دال وتا -

Yang terakhir di dalam bab إذ ialah Imam Hamzah dan Kholaful 'Asyir yang membaca dengan idghom pada إذ ke dalam huruf د dan ت seperti syahid di dalam bait.

Akan datang Bab قد yang di idghom ke dalam 8 huruf insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment