03 February 2010

مراجعة الشاطبية في القراءات السبعة

Hukum Isti'azah

Lafaz Isti'azah : Kesemua Imam Qiraat telah bersepakat memilih lafaz isti'azah spt yg telah warid di dlm surah An-Nahlu.Lafaznya ialah أعوذ بالله من الشيطــن الرجيم .

Jika berkehendak menambah atau mengubah lafaz tersebut contohnya أعوذ بالله القوي من الشيطــن الغوي ,tidaklah menjadi masalah dgn syarat tidak terkeluar dari apa yg telah ulama salaf pilih(iaitu lafaz spt dlm surh An-Nahlu),kerana lafaz di dlm surah An-Nahlu telah sempurna maknanya bagi membesarkan Allah S.W.T.Maka janganlah mengurangi pula lafaz yg terdapat di dlm surah An-Nahlu,akan tetapi jika menambah atau mengubah tidak pula dikatakan seseorang itu jahil.

Akan tetapi ada sebahagian menyebutkan bahawa tidak boleh menambah lafaz melainkan spt yg terdapat di dalam surah An-Nahlu kerana mereka telah mengambil dua dalil.(1)daripada hadis Ibnu Mas'ud akn tetapi hadis ini dikatakan tiada asalnya.(2)Hadis Jubair Bin Muth'im di mana kita katakan hadis ini dho'if kerana ada hadis yg lebih sohih iaitu hadis dari Abi Sa'id Al-Khudry : "Bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila bangun pada waktu malam(terjaga dari tidurnya),baginda membaca أعوذ بالله السميع العلــيم من الشيطــن الرجيم من همزه ونفخه ونفثه .

Jadi jelaslah bahawa hujah yang mengatakan tidak boleh menambah lafaz isti'azah adalah dho'if kerana telah warid dari hadis Nabi yang sohih.

Adapun perbahasan fi'il amar yang Allah gunakan dalam surah An-Nahlu iaitu فا ستـــعذ adalah suruhan yang membawa makna sunat sahaja menurut jumhur imam.

Hukum isti'azah bagi ulama Usul Fiqh :

Adakah suruhan yg Allah gunakan di dalam surah An-Nahlu membawa makna wajib?atau sunat?

Ada 2 pendapat (1) Jumhur mengatakan sunat membacanya sebelum memulakan bacaan pada semua keadaan samada di awal surah ataupun di tengahnya.

(2)Ar-Razi dan yg bersama dengannya,mereka berkata : Isti'azah itu wajib sebelum memulakan bacaan hingga jika tidak membacanya batal solat seseorang itu.Maka ini pendapat yang dho'if.

Hukum isti'azah di sisi Ulama Qiraat terbahagi kepada 2 :

(1)Hukum isti'azah dari segi : -Membaca lafaz isti'azah dengan ayat selepasnya secara sambung
-
atau berhenti pada lafaz isti'azah tersebut.

Ada 4 wajah bagi semua qurra' -

i. Sambung kesemua (Isti'azah + Basmalah + awal bacaan)
ii. Berhenti setiap satu (Isti'azah ..Basmalah..awal bacaan)
iii.Berhenti pada isti'azah,smbung basmalah dan awal surah (Isti'azah..Basmalah + awal surah)
iv.Sambung bacaan isti'azah dan basmalah,kemudian berhenti dan mulakan bacaan awal surah (Isti'azah + Basmalah..awal surah)

Yang ke-2 (dari hukum isti'azah di sisi ulama qiraat)

Isti'azah dari segi : Bacaan secara kuat
Bacaan secara perlahan

Kesemua imam qiraat bersepakat membaca secara kuat (nyaring) kecuali imam Hamzah dan Nafi' membaca dgn perlahan.Tetapi paling rojih adalah membaca dengan kuat (spt talbiah pda musim haji dan takbir hari raya) pada keseluruhan Al-quran itu.

Kemudian dibawakan pula amakin (tempat2x) yang lebih rojih bagi pembaca utk membaca isti'azah secara perlahan ada 4 tempat :

i. Ketika membaca al-quran secara perlahan samada berseorangan atau dgn jama'ah,maka isti'azah jga dibaca sir (perlahan).
ii. Ketika membaca berseorangan tidak kira membaca al-quran itu dgn kuat atau perlahan,maka isti'azah dibaca sir jua.
iii.Ketika di dalam mana-mana solat
iv.Ketika membaca berjama'ah dan bukanlah si pembaca tadi org yg pertama memulakan bacaan misalnya bertadarus.Jadi pabila tiba giliran si pembaca,maka dia hanyalah perlu membaca secara sir isti'azah itu.

والله أعلـــــم


No comments:

Post a Comment