07 February 2010

Hukum Basmalah

Hukum Basmalah di antara dua surah adalah ikhtilaf di kalangan imam-imam qiraat samada di baca 'Basmalah' atau 'wasol' (sambung) atau 'saktah' (berhenti seketika tnpa mengambil nafas).

Maka yang membaca dgn basmalah di antara 2 surah ialah :

1)Imam Qolun
2)Imam 'Asim
3)Imam Ibnu Kathir

Contohnya :

ولا الضالين ـ بسم الله الرحمن الرحيم ـ الـــم

Imam-imam yang membaca dengan wasol pula di antara 2 surah ialah :

1)Imam Hamzah

Contohnya :

ولا الضالينَ الـــــم (Sambung tanpa Basmalah)

Manakala Imam yang mempunyai 2 wajah iaitu wasol dan saktah pula ialah :

1)Ibnu 'Amir
2)Abu 'Amru
3)Warsh

Contoh saktah : ولا الضـــالين ـ الـــم (Di antara akhir surah dan awal surah dibaca saktah (berhenti tnpa ambil nafas),dan juga saktah dibaca tanpa basmalah seperti wasol.

Hukum basmalah pada Arba' Zuhar :

Arba' Zuhar ialah 4 surah yang mana akhir surah tersebut tidak boleh dibaca dengan wasol (sambung) dengan awl surah selepasnya.Surah-surah tersebut ialah :

1)Akhir Al-Muddatthir dgn awal Al-Qiyamah
2)Akhir Al-Fajr dgn awal Al-Balad
3)Akhir Al-Infithor dgn awal Al-Muttoffifin
4)Akhir Al-'Asr dgn awal Al-Humazah

Maka pada akhir 4 surah tersebut,imam yang membaca wasol pada asalnya akan membaca dengan saktah,dan imam yang membaca dengan saktah akan membaca dengan basmalah pada 4 tempat yang telah disebutkan.

*Apa yang dikhuatirkan sehingga tertegah bacaan wasol pada 4 tempat yg disebutkan di atas?Mari kita lihat di bawah ini :

Contohnya akhir surah Al-Fajr dan awal surah Al-Balad

وادخلي جنتي ـ لا أقســم بهذا البــلد

Allah berfirman pada akhir surah Al-Fajr "Dan masuklah ke dalam syurgaKu."Dan Allah berfirman pada awal surah Al-Balad yang bermula dengan لا yang bermakna "tidak atau jangan".Jadi dikhuatiri jika kita membaca dengan bacaan sambung akhir surah Al-Fajr dgn awl Al-Balad,dan ditakdirkan kita bersin contohnya dan berhenti pada kalimah لا ,maka sudah tentu susunan ayat jadi begini :
وادخلي جنتي لا
"Dan masuklah ke dalam syurgaKu jangan."
Kerana itulah bacaan wasol tertegah pada tempat-tempat yang disebutkan di atas tadi.Dikhuatiri jika terberhenti pada kalimah di awal surah berikutnya membawa makna yang lain dari sepatutnya.

Wallahu A'lam




1 comment:

  1. assalamualaikum wbt.

    disini saya ada kemusykilan di mana saya ada terbaca satu bku yang mnyatakan tentang wajah2 basmalah di antara 2 surah iaitu:

    1) wakaf diakhir surah dan membaca basmalah kemudian wakaf dan membaca surah yang lain.

    2) wakaf pada akhir surah pertama dan kemudian membaca basmalah dan menyambung terus dengan awal surah yang berikutnya

    3) membaca akhir surah dan menyambung terus membaca basmalah serta awal surah berikutnya.

    jadi blhkah anta terangkan kepada ana dengan lebih lanjut tentang hukum basmalah..

    ReplyDelete