26 February 2010

Sambungan Idghom Soghir

Bab قد

Bab ini adalah bab pada membahaskan hukum huruf د pada kalimah قد yang di idghom kan pada 8 huruf iaitu :

ز,س,ص,ذ,ض,ش,ظ,ج - Maka khilaf yang berlaku ialah samada para qurra' akan idghom pada kesemua huruf atau tidak adalah seperti di bawah -

Imam Abu 'Amr,'Asim,Hamzah,Kisa'e dan Kholaful 'Asyir akan membaca dengan idghom pada kesemua huruf.Selain mereka,Hisyam juga idghom pada kesemua huruf akan tetapi beliau ada khilaf pada 1 tempat sahaja (pada huruf ظ ) di dalam quran iaitu لقد ظلمك .Khilaf baginya berlaku pada 1 tempat ini sahaja kerana di sini Hisyam akan membaca إظـــهار secara khilaf.Adapun tempat lain di dalam quran beliau menyepakati ahlu idghom seperti disebutkan di atas.

Dalil ---> بالجيــم والصفير والذال ادغم قد وبضاد الشــين والظا تنعجــم حكم شفا لفظــا/ وخلف ظلمك له

Seterusnya ialah ورش akan membaca dengan idghom pada 2 huruf sahaja iaitu ظ dan ض .Adapun huruf-huruf yang lain di izhar kan.

Dalil ---> وورش الظــاء والضــاد ملك

Ibnu Zakwan pula membaca dengan idghom pada huruf yang di idghom kan oleh Warh dan ditambahi 1 huruf iaitu ذ ,maka jadilah baginya ض,ظ,ذ ,adapun baki huruf dibaca izhar.

Dalil ---> والضاد والظاء الذال فيها وافقا ماض

Bagi Ibnu Zakwan juga ialah idghom pada huruf ز tetapi بــخلف .

Dalil ---> وخلفه بــزاى وثقا

No comments:

Post a Comment