20 February 2010

Bab Mad Wal Qasr (Toriq Syatibiyyah)

Tabi' Bab Mad wal Qasr :

1) Mad Lazim - Takrifan : Apabila datang selepas huruf 'illah itu sukun yang lazim di dalam 1 kalimah samada di dalam keadaan waqof atau wasol.Maka mad lazim itu terbahagi kepada :

i ) Mad Lazim Kalimi
ii) Mad Lazim Harfi

Kita masuk perbincangan mad lazim Kalimi dahulu,maka ia terbahagi kepada 2 :

i ) مثقل
ii) مخفف

Mad lazim kalimi muthaqqol ialah - Selepas huruf 'illah terdapat huruf yang bersabdu contoh : الـــضالّيــن

Mad lazim kalimi mukhoffaf ialah - Selepas huruf mad terdapat sakin sohih di dalam 1 kalimah.Maka bagi bacaan Hafs ada 2 tempat di dalam surah Yunus sahaja iaitu ءالان .Dan bagi mazhab yang baca dengan iskan kan ya' pada kalimah محيــايْ ,maka ini juga adalah mad lazim kalimi mukhoffaf.

2)Masuk kepada perbincangan mad lazim harfi - Ianya hanya khusus pada fawatih suwar kerana pada fawatih suwar kita akan menyebut ismul harf contohnya ألف,لام,ميم ,maka ini dinamakan ismul harf.Huruf tersebut akan dibaca 6 harakat dengan syarat :

i ) Terdiri dari 3 huruf contohnya huruf alif.Ejaannya ialah alif,lam dan fa
ii) Huruf yang berada di tengah ialah huruf 'illah misalnya : لام ,maka di tengahnya ialah huruf alif ('illah).

Maka ulama' menghimpunkan huruf-huruf yang dibaca 6 harakat itu di dalam (كم عسل نقص )

Bersambung...

No comments:

Post a Comment