08 February 2010

Alhamdulillah



Syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk hadir ke Walimah 'Arus Ust Kader di tir'ah.Majlis telah berlangsung dari pagi tadi lagi di mana pagi tadi ialah masa bagi akhowat dan sebelah malam bermula jam 6 ptg hingga jam 10 adalah masa bagi mutazawwijin dan ikhwah.Majlis telah diadakan di Markaz PCM(Perubatan Cawangan Mansurah).

Cerita sebelum sampai di majlis..

Ana dan zaujah telah konvoi ke tir'ah dgn sahabat-sahabat ana iaitu Us Syafiq & zaujah dan Us Azhar(Madinah) & zaujahnya menaiki tremco.Kami memilih tremco kerana murah,maklumlah sekarang ekonomi gawat.Lagipun tempat berlangsung majlis tidak jauh dari mahattoh tremco berhenti iaitu di syaima'.

Sesudah sampai di syaima',kami berjalan kami terus ke rumah pengantin dipandu oleh sahabat(yang disapa oleh Us Syafiq utk bertanya) dari kuliah perubatan jika tidak salah.Dialah yang membawa kami hingga sampai di pintu imarah,tempat majlis berlangsung.

Tetapi ada 1 kejadian sebelum ana sampai di mana ana dan zaujah berjalan lambat sedikit di belakang.Kami berjalan lawan arah.Sedang kami berjalan,tiba-tiba mata saya terpandang pada seorang pemuda sedang berjalan (ke arah kami)dan mata saya memang memberi tumpuan kepadanya.Bukan kerana apa,saya hanya melihat seperti mulutnya terkumat-kamit kerana kebiasaan orang arab ni kadang-kadang sambil berjalan pun membaca Al-Quran atau berzikir dengan nyaring tanpa segan silu.Jadi sebab itu lah mata dan telinga saya betul-betul memberi perhatian kepada beliau.

Tiba-tiba saya ternampak di belakangnya ada sebuah kereta yang dipandu laju menghala ke arah beliau dan tidak sempat saya berkata apa-apa,kereta tersebut telah melanggar beliau betul-betul di depan mata saya dan zaujah.Inna lillah wa inna ilaihi roji'uun.Kemalangan yang berlaku di hadapan mata sendiri.Amat menyedihkan.Lalu orang berkerumun dan ada yang memberi mangsa minum dan ada yang membantu mangsa untuk bangun dan sebagainya.Kami turut berhenti melihat pemuda tersebut.Alhamdulillah kelihatan tiada sebarang pendarahan tetapi khuatir ada anggota yang patah atau terseliuh kerana pemuda tersebut dilanggar dan terpelanting.

Allah sahaja yang mengetahui degupan jantung ana dan zaujah berdegup kencang akibat melihat kemalangan tersebut.Syukurlah Allah memberi peringatan kepada kita dan tidak berlaku kepada kita.Moga-moga kita terpelihara insyaALLAH.

*Syukron kepada Us Azhar dan Kak Teh kerana menghadiahkan kami air zam-zam dan kurma.Jazakallahu khoiro.

No comments:

Post a Comment