24 February 2010

Uji Minda


Kata Syeikh yang mengajar ilmu qiraat,menyusun Qiraat Jamak (menghimpun kesemua qiraat dalam 1 bacaan) adalah lebih menguji kepantasan berfikir daripada main catur kerana apabila kita menyusun untuk bacaan jamak,kita mesti berfikir dengan cepat giliran imam,jumlah khilaf di dalam 1 ayat dan sebagainya.

Maka suka saya bawakan di sini contoh beberapa kalimah yang menguji minda kita.Kita mesti mengambil perhatian terhadap setiap kalimah di dalam menyusun jamak kerana khilaf boleh berlaku di situ.Jika kita katakan kalimah tersebut bukan khilaf maka bagaimana keadaannya samada ianya telah hilang salah 1 syarat atau tidak menepati syarat langsung atau bagaimana,maka ini yang dinamakan akal yang hidup.Sila lihat contoh di bawah :

بالإيمـــن لن - Apa yang saya ingin bawakan di sini ialah hukum إدغام كبير yang berlaku pada huruf ن bertemu ل .Tetapi jangan terus membuat keputusan sebaliknya kita semak semula.

Syarat bagi ن untuk di idghom ke dalam ل boleh kita rujuk di dalam bab تابع إدغام كبير(المتقاربين والمتجانسيــن ) إدغام ن في الراء أو اللام

Mari kita semak syaratnya : Nun akan di idghom ke dalam dengan syarat sebelum nun bukanlah huruf yang sukun tetapi terkecuali 1 kalimah iaitu نحْنُ kerana ianya boleh idghom walaupun tidak menepati syarat.Maka selain kalimah نحن mestilah menepati syarat.

Jadi pada kalimah yang saya jadikan contoh di atas tadi sudah tidak menepati syarat,maka ianya dibaca izhar.Bagaimana saya kata tidak menepati syarat?Ini adalah kerana sebelum huruf ن ialah alif maddah yang sukun.

Dalil --> ثم لا عن سكــون فيــهما النون ادغم/ونحن أدغم

Contoh yang kedua ialah :

ءاتــهم الله - Jika sekali pandang kita akan katakan bahawa di sini berlaku hukum mim jamak.

Bagaimana saya katakan hukum mim jamak?Sila lihat pada hukum تابع حكم الميم الجمع .

Mim jamak yang selepasnya sakin (hamzah wasol) seperti contoh di atas telah disepakati semua qurra' untuk membariskan huruf mim tersebut cuma khilaf dari segi baris itu terbahagi 2 bahagian:

Maka di sini saya bawakan bahagian yang kedua bersesuaian perbahasan kepada contoh di atas.

مختلف على تحريك الميم : Contohnya يوفيــهم الله

أبو عمرو membaca dengan kasrah هـ dan م ketika wasol sahaja dengan syarat -

i ) Selepas mim hamzah wasol
ii) Sebelum mim huruf ha
iii)Sebelum huruf ha adalah ya sakinah atau kasrah

أهل شفا pula akan membaca dengan dhommah هـ dan م ketika wasol sahaja dengan syarat -

i ) Selepas mim hamzah wasol
ii) Sebelum mim huruf ha
iii)Sebelum huruf ha adalah ya sakinah atau kasrah

يعقوب pula baginya terpecah kepada 2 :

Dia akan mengikut أبو عمرو sekiranya sebelum huruf هـ adalah kasrah

Dia akan mengikut أهل شــفا sekiranya sebelum huruf هـ adalah ya sakinah

Maka kita lihat semula contoh yang saya bawakan sebagai perbahasan tadi iaitu : ءاتــهم الله

Kita lihat syarat untuk menjadi khilaf pada kalimah ini -

i ) Selepas mim hamzah wasol (Ya)
ii) Sebelum mim huruf ha (Ya)
iii)Sebelum ha adalah ya sakinah atau kasrah (Tidak)

Maka pada kalimah ءاتــهم الله tidak ada khilaf setelah disemak kerana ianya telah gugur 1 syarat iaitu syarat yang ketiga seperti kiraan di atas.Beginilah cara kita berfikir apabila menyusun bacaan jamak kerana setiap khilaf perlu diteliti.

والله أعلم

*Ini adalah manhaj dari Toriq Jazari

No comments:

Post a Comment