20 February 2010

Sambungan Bab Mad

Mad Lazim Harfi Terbahagi kepada 2 :

i ) Muthaqqol - Apabila datang selepas huruf mad itu huruf yang sakin dan di idghom kan contohnya : ألف لام ميم Cuba lihat pada م bertemu م di situ,maka hukumnya idghom.Inilah mad lazim harfi muthaqqol kerana ianya berlaku pada huruf dan panjang harakatnya ialah 6.

ii) Mukhoffaf - Apabila datang selepas huruf mad itu huruf yang sakin dan tidak di idghom kan contohnya : ألف لام را Cuba lihat pada م bertemu ر di situ,maka hukumnya ialah izhar syafawi,jadilah ia mad lazim harfi mukhoffaf.

*Ulama' telah menghimpunkan huruf yang terdapat di fawatih suwar yang di baca 2 harakat sahaja sebanyak 5 huruf di dalam (حي طــهر )

MAD 'ARID LI AS-SUKUN

Mad 'arid li as-sukun ialah apabila datang sebelum huruf yang kita berhenti padanya itu sukun 'arid (sukun mendatang) pada huruf 'illah contohnya

نستعــين . Lihat syarat yang kita sebutkan tadi pada kalimah ini.

Kita berhenti pada huruf nun dan sebelum nun ialah sukun 'arid pada huruf 'illah,maka ini dinamakan mad 'arid li as-sukun.Kadar harakatnya ialah 2,4 atau 6.Adapaun ketika wasol hanyalah 2 harakat.

Dalil dari matan syatibi ---> وعند سكــون الوقف وجهان أصلا

MAD LIIN

Mad Liin ialah : Huruf wau ataupun ya yang mati dan sebelumnya ialah baris fathah contohnya :

ســَوْء , شَيْء , خَوْف

Maka ia terbahagi kepada 2 -

i ) Selepas huruf lin,ada hamzah di dalam 1 kalimah contohnya : سوءة أخيه

Di sini,bagi ورش dia akan membaca dengan mad sebanyak 4 atau 6 harakat tidak kira samada ketika wasol atau waqof.Adapun selain dari ورش tidak membaca dengan mad kecuali ketika waqof sahaja,mereka (selain warsh) membaca dengan 2,4 atau 6 harakat.

ii) Selepas huruf liin tidak ada huruf 'illah dan di dalam 1 kalimah contohnya :

قريش , خوف , رأى العين

Maka di sini kesemua qurra' tidak membaca dengan mad ketika wasol.Adapun ketika waqof boleh membaca dengan 2,4 atau 6 harakat.

InsyaAllah bersambung akan datang pada mad liin yang terkecuali pada warsh membaca dengan mad kerana asal mazhabnya membaca dengan 4 atau 6 pada mad liin.Ikuti perbahasannya nanti insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment