15 February 2010

Hukum Wajah Basmalah Di antara Dua Surah

Wajah basmalah di antara dua surah ada 4 kesemuanya tetapi ada 1 wajah yg tertegah dibacanya.InsyaAllah saya akan datangkan 3 wajah yang booleh dibaca dahulu :

1)
waslul jami' - Bermakna sambung akhir surah dengan basmalah dan sambung lagi dengan awal surah melainkan di antara surah Al-Anfal dan Bara'ah maka bagi kamu ialah waqof dan saktah dan wasol.

2)
qoto' jami' - Bermakna membaca akhir surah kemudian berhenti.Kemudian baca basmalah.Kemudian baca awal surah selepasnya.

3)
qoto' awwal,waslu as-sani bi as-salis - Bermakna membaca akhir surah kemudian berhenti.Kemudian baca basmalah sambung dengan awal surah selepasnya.

Wajah ke-4 ini ialah wajah yg tertegah :

4) Tidak boleh membaca akhir surah dan sambung dengan basmalah kemudian berhenti.Dan membaca awal surah selepasnya.

*Kerana keadaan di atas seolah-olah basmalah ialah akhir surah tersebut sedangkan basmalah ialah untuk awal surah,bukan di akhir surah.Maka wajah ini tertegah bacaannya.

*Tamat hukum basmalah*

Surah Al-Fatihah

Kalimah مالك :

Yang membaca dengan
alif : Kisa'i dan 'Asim

Maka selain mereka berdua membaca tanpa
alif مـــلِكِ

Kalimah الــصراط :

Yang membaca dengan س : Qunbul di mana shj kalimah
sirot di dalam Al-quran samada yang ma'rifah atau nakirah.

Ma'rifah : اهدنا
الصراط المستقيم
Nakirah : وهــذا
صراط ربك مستقيما

Yang membaca dengan
isymam : Kholaf 'an Hamzah di mana sahaja tempat di dalam Al-quran samada ma'rifah atau nakirah.

*
Bersambung...








No comments:

Post a Comment