01 March 2010

Sambungan مستثـــنى للــسوسي

Pada entri lepas saya ada bincangkan kalimah-kalimah yang terkecuali bagi Susi untuk di ibdal kan.Jadi di sini saya ingin meneruskan lagi insyaALLAH jenis yang ke-3 bagi Susi yang tidak di ibdal kan.

3)Kalimah تؤؤي di dalam Al-Ahzab & تؤويــه di dalam Al-Ma'arij - Dua kalimah ini sekiranya ibdal maka jadilah تـــووي .Maka berhimpun dua و .Mengikut kaedah,apabila berhimpun dua wau,hendaklah idghom dan sekiranya idghom pada kalimah ini,maka ia akan menjadi berat (تـــوّي )

Maka bacaan dengan hamzah (tidak ibdal) adalah lebih ringan.

Dalil ---> وتؤوي وتؤويه أخف بهمزة

4)Kalimah رئــيا di dalam Surah Maryam - Kalimah ini sekiranya ibdal dan idghom kerana berhimpun dua ي maka jadilah ريــّا .Ketika ini,lafaz ini telah menyerupai lafaz الريّ iaitu perut yang dipenuhi air.Maka bersalahan pula dengan makna sebenar yang dikehendaki oleh Al-quran.Oleh kerana itulah tidak di ibdal kan pada kalimah ini kerana makna yang dikehendaki ialah الرؤيــة iaitu elok pada pandangan mata. (منظر حســن )

Dalil ---> ورئــيا بترك الهمز يشبه الإمتلا

5)Kalimah مؤصدة - Kalimah ini tidak di ibdal kerana khuatir orang akan salah sangka pada asal kalimah ini.

Abu 'Amr mengatakan asal kalimah ini ialah pecahan dari آصــدت di mana fa fi'el adalah hamzah tetapi ada qiil mengatakan asal pecahannya ialah dari أوصــدت ,maka hamzah bukan lagi huruf asal kalimah di sini,malah معتل اللام .Kerana itulah tidak di ibdal,khuatir orang akan menyangka bahawa asal kalimah مؤصدة adalah dari pecahan أوصدت .

Dalil ---> ومؤصدة اوصدت يشبه كله تخييره أهل الأداء معللا

والله أعلم

No comments:

Post a Comment