04 March 2010

Qiraat Syazzah

Qiraat yang diterima pakai mestilah memenuhi 3 syarat :

1) Tawatur
2) Sama dengan salah 1 daripada wajah-wajah bahasa arab (tidak kira samada dari segi nahunya kuat ataupun tidak)
3) Sama dengan salah 1 daripada Mashohif 'Uthmaniyyah

Ta'rif tawatur : Sesuatu yang di naqol kan oleh 1 jama'ah (ramai),dan mustahil mereka semua (jama'ah) akan berhimpun dan berbincang untuk melakukan penipuan.

Maka yang dikatakan Syazzah itu ialah barang yang datang bukan dengan jalan tawatur.

Jumhur ulama' telah mengatakan bahawa qiraat yang syaz ini tidak boleh dibaca dengannya walaupun ianya menyamai dengan resam dan bahasa arab.

PERINGATAN : Apabila kita telah mengetahui bahawa qiraat syaz ini tidak boleh dibaca,maka kita hendaklah mengetahui juga bahawa ulama' terdahulu dan kini telah bersepakat harusnya kita mempelajari akan qiraat imam yang 4 (syaz) dan juga menulis tentang qiraat syaz ini di dalam kitab-kitab dan juga membahaskan wajah-wajah qiraat syaz ini dari segi bahasa arabnya dan juga maknanya dan sebagainya.Maka kesemua ini adalah harus.

Ada 1 contoh yang suka saya bawakan ialah mengapa kita mempelajari hadis dhoif sedangkan ianya dhoif dan ada banyak lagi hadis sohih?Tambahan lagi hadis dhoif juga ditulis dan terdapat di dalam banyak kitab.Maka jawapannya ialah hadis dhoif ditulis dan dipelajari adalah kerana kita boleh mengetahui sekiranya kita membaca 1 hadis,maka kita boleh bezakan samada dhoif atau sebagainya.

Begitu jualah halnya dengan qiraat syaz.Kita boleh mempelajarinya kerana sekiranya kita membaca qiraat,kita dapat membezakan bahawa ini syaz dan ini mutawatir.

1 persoalan yang timbul ialah dari mana datangnya qiraat syaz ini?

Jawapan : Setiap tahun,pada bulan ramadhan,Nabi Muhammad bertalaqqi dengan Jibril sebanyak sekali tetapi tahun Nabi wafat,Nabi bertalaqqi dengan Jibril sebanyak 2 kali maka ini dinamakan عرض الأخيـــرة .Pada عرض الأخيـــرة ini,ada beberapa kalimah yang telah di nasakh kan semasa proses talaqqi Nabi dengan Jibril,maka yang di nasakh kan itulah menjadi qiraat Syaz.

Bersambung...insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment