07 February 2010

Lama menyepi...



Lama rasanya tidak meng'update' blog ni oleh kerana line internet mengalami masalah.Memang hal begini sering berlaku pada 'router' tempat kami isytirak tu.Alhamdulillah sekarang dah ok balik line.Syukron kepada Ust Izfahmi kerana beliau yang pergi adjust di rumah Baba Hasan(tempat router diletakkan) tadi.Apapun saya tidak bercadang hendak menulis panjang kerana keletihan pulang dari syari' 'asyarah (Markaz PPMI) kerana pergi membeli tempe.Ceritanya bermula semalam semasa Ust Muslim (pembuat tempe) menelefon saya memberitahu bahawa beliau telah siap membuat tempe yang saya minta pada lebih kurang 2 atau 3 bulan lalu tidak salah saya semasa kami berjumpa di markaz PPMI.Akan tetapi pada ketika itu,kata Muslim,beliau enggak bisa bikin tempe kerana musim dingin.Oleh kerana itulah beliau menunggu cuaca seperti sekarang(stabil),barulah beliau berhasil membuat tempe.Tempe beliau dijual dgn harga LE5 bagi dua bungkus dan LE10 bagi 5 bungkus.Lumayan bukan???

Perjalanan saya dan Ust Syafiq ke markaz PPMI tadi penuh kesabaran kerana tremco ke tir'ah tidak banyak.Kami pun hairan mengapa tremco kebanyakan pergi ke Gam'ah shj.Tetapi lama menunggu kami pun dapat juga menaiki tremco ke Salam.Alhamdulillah.Di dalam tremco,saya terdengar perbualan antara sawwak (pemandu) dgn rakannya bahawa di tir'ah ada Mabahis.Jadi terjawablah tandatanya mengapa tremco tidak mahu ke sana.Maklumlah tremco bukan semua ada lesen sah kan.Jadi mungkin mereka khuatir hal sedemikian.Hinggakan ada tremco yang mengambil kesempatan menaikkan ugrah dari nus ke segenih.Nak tak nak orang terpaksa naik juga sebab nak ke tempat yang dituju.Macam-macam ragam di Mesir ni.Apa pun kita terpaksa akur kerana kita berpijak di bumi orang.

Sekian untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment