30 July 2010

Bayi memerlukan sumbangan


Perumpamaan bagi orang yang menginfakan hartanya dijalan allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai ,pada setiap tangkai ada seratus biji allah melipatgandakan bagi sesiapa yang dia kehendaki,dan allah maha luas lagi maha mengetahui”( surah al baqarah 261)
Assalamualaikum… saudara saudari yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan walau tidak cukup bulan itu (7 bulan), terpaksa ditahan diwad dan dimasukkan dalam inkubator. Pada jam 8.00malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan Kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh Doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:
1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum.
2. Tidak ada Saluran najis
Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas kehospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.
Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan Doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami bersependapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit. Dengan bantuan Dr. Syafiq pelajar perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon Doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, dengan berkat nya, setelah berbincang dengan Doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan. Dengan selesai nya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu. Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.



Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.
Pada hari kedua; iaitu pada 17 julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu mamisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil. Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.
Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.
Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10 000.
Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, ingin menghulurkan tangan kepada semua memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi. Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun tersebut
Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)
No Akaun : 062025879025
Bank : HSBC
No Tel : +20142252484 begin_of_the_skype_highlighting +20142252484 end_of_the_skype_highlighting
emel : maza_blada@yahoo.com.my
Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua.
Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.


Bapa bayi ini Mohd Faizol Bin Endut berasal dari Kuala Terengganu pelajar kuliah usuluddin julusan tafsir tahun empat university Al Azhar cawangan Tanta mesir nombor talifon +20116534573 begin_of_the_skype_highlighting +20116534573 end_of_the_skype_highlighting emel :abangpa_kusza@yahoo.com, dan nama ibu kepada bayi ini Siti Anisah Binti Haji Ahmad pelajar kuliah Bahasa Arab tahun 3 Universiti Al Azhar Cawangan Mansurah Mesir sekira ada apa-apa maklumat boleh terus berhubung dengan ibubapa bayi atau unit kebajikan dan kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta

10 June 2010

Dhobtul Quran

Mukaddimah Ilmu Dhobt :

Dhobtul Quran ialah 1 ilmu yang membicarakan mengenai 'alamah (tanda) yang diletakkan pada huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu harakah (baris),sukun (mati),tasydid (sabdu),mad (tanda panjang) dan sebagainya.

An-Naqtu (titik) terbahagi kepada 2 bahagian :

(i ) Naqtul 'Iraab
(ii) Naqtul 'Ijaam

Naqtul 'Iraab ialah perbahasan mengenai tanda-tanda pada huruf seperti barisnya atau tanda mati dan sebagainya.

Maka terdapat khilaf siapa yang menjadi pengasas kepada Naqtul 'Iraab ini.Ada pendapat mengatakan :-

1) Al-Kholil Bin Ahmad
2) Nasr Bin 'Asim
3) Yahya Bin Yu'mar
4) Abdullah Bin Abi Ishak Al-Hadromi (guru Abu 'Amru Bin Al-'Ala'
5) Al-Kholil Bin Ahmad Al-Farahidi

Akan tetapi yang paling sohih di mana telah dinaskan oleh sekumpulan ulamak diantaranya Ad-Dani dan Abu Daud dan Abu Hatim ialah Abul Aswad Ad-Dualy (pelopor Naqtul 'Iraab) dengan perintah (permintaan) dari Ziyad Bin Abi Ziyad,Ketua Basrah pada zaman pemerintahan Mu'awiyah Bin Abi Sufyan.

Sebab disusunnya ilmu ini :

Seperti yang telah disebutkan oleh ulamak bahawa Mu'awiyah telah mengutuskan kepada Ziyad memintanya menghantar anaknya iaitu 'Ubaidillah Bin Ziyad kepadanya dan pabila 'Ubaidillah berjumpa dengan Mu'awiyah dan bercakap-cakap dengannya,beliau (Mu'awiyah) mendapati kesalahan pada pertuturan 'Ubaidillah dan Mu'awiyah mengembalikan 'Ubaidillah kepada Ziyad bersama 1 pucuk surat yang telah ditulis sebagai komentar di atas kesalahan yang dilakukan di dalam pertuturan anaknya.

Maka sebagai keprihatinan seorang ketua,Ziyad segera meminta pertolongan kepada Abul Aswad Ad-Dualy supaya membuat kaedah supaya orang-orang ajam tidak melakukan kerosakan pada bahasa arab di dalam pertuturan dan juga di dalam 'iraab Al-Quran.

Akan tetapi Abul Aswad melarang dan tidak bersetuju dengan permintaan dari Ziyad itu.Lalu Ziyad pun memikirkan cara untuk menunjukkan kepada Abul Aswad bahawa betapa khuwatirnya beliau akan masalah (kerosakan pada bahasa) yang sedang berlaku.Beliau (Ziyad) telah menyuruh seorang lelaki duduk di tempat (jalan) di mana laluan tersebut akan dilalui oleh Abul Aswad dan beliau (Ziyad) berkata kepada lelaki tersebut "Apabila Abul Aswad lalu,hendaklah kamu membuat kesilapan di dalam bacaan kamu itu."

Maka apabila Abul Aswad lalu,maka lelaki tersebut pun membaca :

إن الله برىء من المشركين ورسولِه - dengan kasrah pada huruf lam pada kalimah ورســوله

Maka apabila Abul Aswad terdengar bacaan tersebut,beliau segera berkata :

معاذ الله أن يتبرأ الله من رسوله

Setelah peristiwa itu,Abul Aswad berjumpa semula dengan Ziyad dan bersetuju dan memperkenankan permintaan Ziyad.

Bersambung...insyaALLAH..


02 April 2010

Jauh Berbeza



Sungguh terpegun ana melihat anggota polis wanita di Iran di mana mereka mampu berpakaian jubah,bukan sahaja menutup aurat.Apa yang menarik walaupun mereka berpakaian jubah di mana jika dilihat seolah-olah bila berjubah ini pergerakan lasak agak terbatas tetapi tidak bagi mereka di mana mereka tetap menjalani latihan ketenteraan seperti biasa seperti polis-polis wanita yang kita dapat lihat di Malaysia tetapi adakah layak kita bandingkan polis-polis wanita di Malaysia dengan polis-polis wanita di Iran sana?

Kita nilailah sendiri.

Sumber dari : Sini

25 March 2010

Hidayah ALLAH




Maksud firman ALLAH di dalam Surah Al-Qasos :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima islam),tetapi ALLAH jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya."

Ayat 56-Juz 20-Baris ke 7 (dari atas)

Daripada mafhum ayat di atas,maka kita dapat memahami bahawa hidayah adalah suatu pemberian dari ALLAH yang mana diberikan kepada hamba-hambaNya yang dia kehendaki sahaja.Kita sebagai manusia ini hanya mampu memberi peringatan sahaja kepada orang lain seperti mana apa yang Nabi Muhammad lakukan dan selebihnya adalah dari ALLAH S.W.T.

Banyak kisah yang kita dengar mengenai orang yang memeluk agama islam setelah mana dia telah hanyut dengan agama kristian dan sebagainya.Ini adalah kerana Allah telah mencampakkan kesedaran kepada orang tersebut lalu memeluk agama yang suci ini.

Maka tujuan post ana pada kali ini ialah untuk berkongsi kisah seorang hamba ALLAH yang memeluk agama islam kerana takjubnya beliau dengan kebesaran ALLAH di mana beliau telah menemui sungai di dalam laut dalam.Beliau ialah seorang penyelam laut dalam yang telah menyelam di dalam laut di serata dunia dan mempunyai banyak pengalaman.

Mari kita ikuti kisahnya...
(link)





















15 March 2010

Kuasa Allah

Keajaiban kuasa Allah di dalam rahim ibu




Bayi sedang bermain-main

Sumber video di download dari link ini




Bayi sedang minum di dalam perut si ibu

05 March 2010

كلمة موجـــزة

Serba ringkas mengenai 4 imam qiraat syaz :

ابن محيصن : - Muqri' bagi penduduk Mekah (Bersama-sama Ibnu Kathir)

- Bertalaqqi dengan Abu 'Amr

- Penduduk Mekah memilih qiraat Ibnu Kathir dan meninggalkan qiraat Ibnu Muhaishin

الحســن البصري - Memimpin penduduk pada zaman beliau hidup

- Seorang yang mempunya ilmu dan mengamalkannya serta fasih kata-katanya,zuhud dan sebagainya.

- Gurunya ialah Abu Musa Al-Ash'ari dan Ubai Bin Ka'ab dan Zaid Bin Thabit Dan Umar Bin Al-Khattab.

- Anak muridnya : Abu 'Amr dan 'Asim Al-Juhdary

الأعمـــش - Gurunya ialah Zir Bin Hubaisy dan 'Asim Bin Abi An-Najuud

- Anak muridnya ialah Hamzah

- Suka berdamping dengan sultan

- Sedikit takabbur kerana dia mengatakan "Sesungguhnya Allah telah menghiasi kaum-kaum itu dengan Al-Quran dan aku adalah di antara orang yang Allah telah hiasi dengan Al-Quran."

المـــطوعي - Seorang Imam yang 'arif dan sangat dipercayai di dalam bacaan Al-Quran.

- Gurunya ialah Idris dan Ibnu Syanbuz

- Umurnya panjang dan beliau telah menghabiskan sanad qiraat dengan mendapat sanad yang tinggi.

PENGUMPULAN QIRAAT SYAZ DI DALAM 3 KITAB :

1) Al-Mubhaj
2) Al-Mufradah
3) Al-Mustanir

Bersambung...

*Rujukan : Mukhtasor fi ad-dhobt wal qiraat as-syazzah
i'daad wa tartib : As-syeikh Husin Muhammad Muhammad Al-'Asyri

Mohon ditegur jika ada kesalahan yang berlaku di dalam terjemahan ini

04 March 2010

Qiraat Syazzah

Qiraat yang diterima pakai mestilah memenuhi 3 syarat :

1) Tawatur
2) Sama dengan salah 1 daripada wajah-wajah bahasa arab (tidak kira samada dari segi nahunya kuat ataupun tidak)
3) Sama dengan salah 1 daripada Mashohif 'Uthmaniyyah

Ta'rif tawatur : Sesuatu yang di naqol kan oleh 1 jama'ah (ramai),dan mustahil mereka semua (jama'ah) akan berhimpun dan berbincang untuk melakukan penipuan.

Maka yang dikatakan Syazzah itu ialah barang yang datang bukan dengan jalan tawatur.

Jumhur ulama' telah mengatakan bahawa qiraat yang syaz ini tidak boleh dibaca dengannya walaupun ianya menyamai dengan resam dan bahasa arab.

PERINGATAN : Apabila kita telah mengetahui bahawa qiraat syaz ini tidak boleh dibaca,maka kita hendaklah mengetahui juga bahawa ulama' terdahulu dan kini telah bersepakat harusnya kita mempelajari akan qiraat imam yang 4 (syaz) dan juga menulis tentang qiraat syaz ini di dalam kitab-kitab dan juga membahaskan wajah-wajah qiraat syaz ini dari segi bahasa arabnya dan juga maknanya dan sebagainya.Maka kesemua ini adalah harus.

Ada 1 contoh yang suka saya bawakan ialah mengapa kita mempelajari hadis dhoif sedangkan ianya dhoif dan ada banyak lagi hadis sohih?Tambahan lagi hadis dhoif juga ditulis dan terdapat di dalam banyak kitab.Maka jawapannya ialah hadis dhoif ditulis dan dipelajari adalah kerana kita boleh mengetahui sekiranya kita membaca 1 hadis,maka kita boleh bezakan samada dhoif atau sebagainya.

Begitu jualah halnya dengan qiraat syaz.Kita boleh mempelajarinya kerana sekiranya kita membaca qiraat,kita dapat membezakan bahawa ini syaz dan ini mutawatir.

1 persoalan yang timbul ialah dari mana datangnya qiraat syaz ini?

Jawapan : Setiap tahun,pada bulan ramadhan,Nabi Muhammad bertalaqqi dengan Jibril sebanyak sekali tetapi tahun Nabi wafat,Nabi bertalaqqi dengan Jibril sebanyak 2 kali maka ini dinamakan عرض الأخيـــرة .Pada عرض الأخيـــرة ini,ada beberapa kalimah yang telah di nasakh kan semasa proses talaqqi Nabi dengan Jibril,maka yang di nasakh kan itulah menjadi qiraat Syaz.

Bersambung...insyaALLAH...